Muka Utama | Info Paling Penting
| Pengenalan | Produk |
Paling Ampuh | Artikel
Barah | Soal Jawab |
Penafian
Peluang Perniagaan | Pelan
Pemasaran | Hubungi Kami
Penyakit Barah / Kanser:
Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan
Barah
terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan
darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh
menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah
merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.
Pertumbuhan sel yang normal
Di
dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru,
hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel
yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang
tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ
yang lain.
Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini
dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara
semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang
telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka
itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.
Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh
dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang
begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara
teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung
menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel
yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.
Jenis-jenis barah
Barah
dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
-
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing,
rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
-
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
-
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
-
Lukemia - dari sel darah putih.
Ketumbuhan
Tidak
semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya
kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign"
tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang
normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel
barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja,
sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota
mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya
terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku
pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas.
Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.
Asal-usul barah
Sel
barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja
diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal
menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat
serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini
menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
Proses
ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi.
Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini
boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.
Cara barah membiak
Sel
barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini
merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian
sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya
masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari
sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi
kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel
barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan
tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya
akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel
itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.
Mengapa barah terjadi?
Sebab
terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi
apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit
barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu
teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel
yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi.
Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk
terus hidup hingga mengakibatkan barah.
Ada
juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga
dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari
persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau
bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan
barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau
juga boleh mengakibatkan barah.
Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia.
Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum
lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan
pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim,
rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.
Mengesan barah
Jika
barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain
tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu
pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada
penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.
Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:
-
Sinar X dan imbasan
-
Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
-
Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
-
Pemeriksaan tubuh terutamanya kelenjar-kelenjar lymph
-
Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
-
Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian
dikesan melalui sinar X
-
Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel
barah lebih tinggi suhunya dari sel normal
Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi,
rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan
semua sel barah.
Cara
merawat atau mengubati barah
Doktor
akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan
peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
-
Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan
sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan
semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis
di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
-
Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi
memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah
lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses
pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang
selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu.
Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan
dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit
akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika
rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam
tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan
kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan
selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada.
Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit.
Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah,
rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
-
Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik
sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan
kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna,
tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan
ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana
sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
-
Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk
bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya
sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh
kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan
ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh
tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh
itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal
supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan
adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat.
Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun,
bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.
Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
-
Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
-
Elakkan menghisap rokok
-
Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
-
Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
-
Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
-
Kurangkan makan bahan-bahan manis
-
Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
-
Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh
menyebabkan barah
Tujuh tanda-tanda barah
-
Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
-
Kudis yang tidak boleh sembuh
-
Perdarahan atau lendir yang luar biasa
-
Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
-
Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
-
Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
-
Batuk yang sentiasa ada atau serak suara
Dipetik dari American Cancer Society
Transfer Factor Sebagai
Sokongan Kepada Kemoterapi
Pesakit barah yang menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi, yang
melemahkan sistem imiun dengan teruknya, akan mendapat faedah yang besar
sekiranya mengambil Transfer Factor
(TF). Permakanan tambahan TF akan membantu melindungi tubuh dari jangkitan "oportunis",
yang selalu berlaku ketika rawatan ini dijalankan.
Dr.
Duane Townsend, bekas Pengarah Onkologi Gynikologikal, Hospital LDS, Salt
Lake City, Amerika Syarikat, memberi TF kepada kesemua pesakit barahnya
untuk memperkuatkan sistem imiun mereka bagi mempertingkatkan keupayaan
mereka menghadapi sebarang cabaran kesihatan.
Kedua-dua kajian klinikal di Cina dan di Jepun mendapati bahawa pemusnahan
sel normal (immunosuppression) yang disebabkan rawatan kemoterapi boleh
dicegah dengan menggunakan TF. Perlu diingat bahawa pembuangan sel barah
yang tenat atau telah mati dipantau oleh sistem imiun badan. Kajian yang
dijalankan di Itali, Jepun dan Amerika memberitahu kita bahawa pengambilan
TF selepas pembedahan ketumbuhan meningkatkan peluang kita untuk bebas dari
barah di masa hadapan.
Sumber rujukan; buku "Transfer Factor - Nature's State-of-the-Arts Immune
Fortifiers by Rita Elkins M.H."
Kajian Pengunaan TF Ke Atas 20 Orang Pesakit Barah
20 orang pesakit, 12 lelaki dan 8 perempuan dipilih untuk kajian "in vivo".
Purata umur mereka adalah 49.3 tahun. Kedua-dua puluh individu berkenaan
mengidap barah peringkat ketiga atau keempat. Setiap dari mereka telah
dihantar pulang oleh doktor mereka untuk menunggu kematian. Purata tempoh
hayat mereka yang diberikan oleh doktor adalah 3.7 bulan. Keputusan diambil
untuk memberi setiap dari mereka 9 kapsul
Transfer Factor Plus sehari, mereka juga
diberi makan nutrien-nutrien* yang lain. Selepas 8 bulan, 16 orang dari
pesakit tersebut masih lagi hidup dan samada telah sembuh dari barah,
bertambah baik ataupun telah stabil.
*
Anti-oksidan, digestive enzymes, probiotics dan multi-vitamins.
Kajian
dijalankan oleh: Darryl See, MD.
Pengarah, Bioassay Laboratory
Intitute of Longevity Medicine, USA
Sistem Imune - Angkatan Tentera Tubuh
Mengikut Dr. George C Pack, MD, pakar kanser di Cornell Medical School,
hampir setiap dari kita menpunyai sel kanser di dalam tubuh kita pada setiap
masa. Jika sistem imune kita berfungsi dengan baik, sel-sel ini dihapus atau
dimakan oleh pertahanan badan kita sebelum ia dapat bercambah dan
membahayakan kesihatan kita. Satu-satunya pertahanan sebenar kita terhadap
serangan kanser adalah sistem imune. Kita mendapat kanser setiap hari tetapi
ia dihapuskan oleh sistem imune tanpa kita menyedarinya.
Mengekalkan sistem pertahanan imune yang kuat bukanlah tugas yang mudah
dalam dunia moden ini. Pendedahan setiap hari kepada pencemaran alam,
tekanan hidup seharian, makanan yang mengandungi bahan kimia, virus baru
yang kebal boleh melemahkan sistem imune kita. Yang mengejutkan, penyakit
disebabkan sistem imune lemah sedang meningkat di seluruh dunia. Imuniti
yang lemah merupakan faktor utama penyakit seperti candida albicans,
chronic fatigue syndrome, lupus, HIV, hepatitis, mononucleosis, herpes II,
kanser dan penyakit yang tersebar melalui seks. Penyakit-penyakit ini
merupakan wabak di zaman ini, dan kebanyakan dari kita tidak mempunyai
apa-apa untuk melawannya. Antibiotik, antacids, imunisasi, dadah
cortico-steroid yang berlebihan dan pencemaran alam sekitar akan
menjejaskan imbangan sistem imune ke tahap di mana ia tidak lagi dapat
membezakan di antara sel sihat dengan sel yang merbahaya.
Muka Utama
| Info Paling Penting |
Pengenalan | Produk |
Paling Ampuh | Artikel Barah |
Soal Jawab | Penafian
Peluang Perniagaan | Pelan
Pemasaran | Hubungi Kami