Muka Utama | Info Paling Penting
| Pengenalan | Produk |
Paling Ampuh | Artikel
Barah | Soal Jawab |
Penafian
Peluang Perniagaan | Pelan
Pemasaran | Hubungi Kami
Memperkenalkan....."Transfer
Factor",
Penguat Imun Semulajadi.
Apa Itu "Transfer Factor" (TF)?
Pada tahun 1949, Dr. H. Sherwood Lawrence
telah membuat satu penemuan yang begitu penting. Ketika membuat kajian
mengenai penyakit batuk kering, yang merupakan ancaman kesihatan pada masa
itu, beliau mendapati bahawa tindakbalas imun boleh dipindahkan dari
penderma kepada penerima melalui suntikan ekstrak sel darah putih. Beliau
juga mendapati bahawa ekstrat berkenaan perlu mengandungi faktor untuk
membolehkan imuniti penderma dipindahkan kepada penerima. Dia menamakan
molekul tersebut sebagai "Transfer Factor".
Penemuan TF merupakan satu peristiwa yang paling mengembirakan dunia
imunolgi dalam dekad ini. Ia mewakili perubahan paradigma dalam cara kita
melihat penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Fungsi TF ialah
memindahkan isyarat pengenalan imun di antara sel imun agar sel-sel "muda"
dapat belajar mengenali organisma mikro yang merbahaya. Beginilah cara bayi
memperolehi imuniti mereka. Ketika dilahirkan, sitsem imun bayi belum lagi
bijak. Dalam persekitaran yang baru ditempuhi, sistem imun bayi tidak akan
mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi
maut. Tindakan perlu diambil untuk mengajar sistem imun mengenali sel baik
dan sel jahat. Tuhan telah menetapkan prosedur yang diperlukan dan TF adalah
kunci dalam proses tersebut.
Proses bermula dengan bayi diberikan kolostrum, susu pertama ibu kepada
anaknya. Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi TF.
TF dari sistem imun yang telah matang milik si ibu bertanggungjawab mengajar
sistem imun bayi untuk mengenali sel baik dan sel jahat (yang perlu
diperangi). Proses ini membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan mampu
melawan berjuta-juta organisma yang datang menceroboh. Susu formula tidak
mengandungi TF, oleh itu bayi yang diberikan susu formula selalunya mudah
terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik.
Pada tahun 1989, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock telah berjaya mencipta
teknologi untuk memisahkan TF dari kolostrum susu lembu. Melalui teknik
pemisahan ini, TF tulen dapat dikumpul, dikeringkan dan dijadikan kapsul
untuk kegunaan manusia.
Pada tahun 1999, penggunaan TF telah diperakui berkesan dan selamat oleh
berbagai-bagai kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis telah mula
memahami implikasi mendalam terapi TF dalam menentukan tahap kesihatan bukan
hanya untuk masa kini tetapi juga di masa akan datang.
Adakah TF Disokong Oleh Data Saintifik?
Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan kertas kerja
mengenai TF telah diterbitkan.
KLIK DI SINI untuk melihat sebahagian dari kajian
berkenaan. Anda boleh juga melawat laman web
"US National Library of Medicine" untuk melihat
lebih banyak jurnal mengenai penggunaan TF ke atas pesakit (taipkan
"transfer factor" dalam kotak di kanan perkataan "for" dan klik butang
"Go"). Ramai saintis dan doktor yang terkenal di peringkat antarabangsa
telah mengesahkan bahawa TF berkesan dan selamat. Sejak 50 tahun yang lalu,
sebanyak US$40 juta telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian
membuktikan bahawa TF menawarkan faedah imun yang luar biasa.
Dalam tahun 1999, Jurnal American Nutraceutical Assciation
menerbitkan senarai 198 bahan semulajadi atau campuran bahan semulajadi yang
mampu meningkatkan aktiviti sel NK dari sejumlah 400 bahan yang telah diuji.
Sel NK adalah sel imun yang bertanggungjawab mencari dan memusnahkan
penceroboh asing. Sekiranya seseorang mempunyai aktiviti sel NK kurang dari
20%, dia akan terdedah kepada risiko kesihatan atau mempunyai kurang
keupayaan untuk pulih dari penyakit yang dihidapi. Hanya 44 produk didapati
mampu meningkatkan aktiviti sel NK ketahap lebih dari 10%. TF yang diekstrak
dari kolostrum mampu meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 103%, saingan
terdekatnya hanya mampu meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 48.6%. TF yang
dicampur dengan lain-lain bahan (6 tertinggi dalam senarai) mampu
meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 248%.
KLIK DI SINI untuk melihat ringkasan keputusan
ujian tersebut. Apa yang dapat disimpulkan dari kajian ini? Secara mudah,
hasil kajian tersebut meletakkan TF di kedudukan teratas dalam senarai
penguat imun semulajadi.
Apakah Faedah TF?
Faedah yang ditawarkan oleh TF dapat mencetus revolusi dalam bidang
perubatan. Keperluan untuk mencari pertahanan bagi sistem imun begitu jelas
sekali. TF mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam dunia perubatan
moden dari AIDS ke Ebola, berdepan dengan jelmaan virus baru atau
kebangkitan semula patologi lama seperti batuk kering.
Kejayaan yang dicapai dalam menangani masalah pesakit dengan menggunakan TF
telah dibentangkan dalam Simposium Antarabangsa Mengenai TF Ke-10. TF antara
lain telah terbukti dapat membantu pesakit AIDS, kanser, diabetes, asma,
lemah jantung, gout dan lain-lain. Prosiding simposium tersebut telah
diterbitkan dan anda boleh membacanya satu daripadanya di sini
(KLIK
DI SINI).
Untuk prosiding yang lain anda boleh membuat carian di internet.
Laporan-laporan tersebut merangkumi kejayaan penggunaan TF dalam menangani
masalah penyakit yang tergolong di bawah viral, bacterial, parasitic,
mycobacterial, fungal, neurological, malignant dan auto-immune.
Selain dari laporan kajian saintifik, anda juga boleh membaca cerita atau
testimoni dari mereka yang telah mendapat manfaat dari TF. Sila klik pada
pautan untuk membacanya
(KLIK
DI SINI).
Anda boleh membaca testimoni mereka dan menjadikannya sebagai panduan dalam
menyelesai masalah kesihatan anda.
Apa Pendapat Doktor Perubatan
Mengenai "Transfer Factor".
|
|
 |
"Tidak syak lagi Transfer
Factor merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan
sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin polio dalam
tahun 1952. Ia merupakan langkah seterusnya dalam evolusi sains
permakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun badan tiada tolok
bandingnya."
Rob Robertson
Jr., MD |
|
|
|
 |
"Transfer Factor
merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan
sejak beberapa dekad yang lepas. Kita sedang mengkaji kesemua
potensi Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan
alternatif seperti Transfer Factor merupakan gelombang masa
hadapan."
Victor Tutelian, MD,
MPH |
|
Ketika tirai abad Ke 21 sedang terbuka, molekul halus ini (TF) akan
memegang kunci kepada dunia kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda
mengikuti perkembangan dan teknologi terbaru dalam bidang pemeliharaan
kesihatan, "Transfer Factor" sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam
senarai produk kesihatan atau makanan kesihatan semulajadi anda.
Untuk mendapat keterangan
lanjut, sila Hubungi Kami .
Produk
Testimoni, Klik di sini
Muka Utama
| Info Paling Penting |
Pengenalan | Produk |
Paling Ampuh | Artikel Barah |
Soal Jawab | Penafian
Peluang Perniagaan | Pelan
Pemasaran | Hubungi Kami